
Pengenalan
Kita selalu dengar perkataan psikologi tapi adakah kita betul-betul faham apa itu psikologi?
Definisi Psikologi:
Perkataan psikologi berasal daripada gabungan dua perkataan Yunani (Greek) iaitu Psyche (Psiko) yang bermaksud jiwa, rohani atau mental, dan –logos (-logi) yang bermaksud kajian. Jadi psikologi bermakna kajian jiwa, mental atau rohani manusia. Penyelidikan dalam bidang psikologi bertujuan untuk memahami dan menerangkan tentang pemikiran, tindakan, perasaan manusia, dan sebagainya.
Aplikasi dalam bidang psikologi merangkumi rawatan kesihatan mental, peningkatan prestasi, bantuan kendiri, ergonomik, dan pelbagai lagi bidang lain yang mempengaruhi kesihatan dan kehidupan seharian.

Bahagian-bahagian Psikologi
Daripada definisi psikologi boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:
-
Psikologi sebagai satu kajian saintifik. Bermakna kajian dilakukan mengguna kaedah penyelidikan yang saintifik seperti kaji selidik, peninjauan, korelasi, pemerhatian, kajian kes dan lain-lain. Kesemua metodologi mempunyai ciri dan menggunakan prosedur yang spesifik.
-
Psikologi mengkaji tingkahlaku manusia yang boleh dilihat, dalam bentuk lampau (overt behaviour) seperti berjalan, makan, belajar, perlakuan dan lain-lain.
-
Ahli psikologi menjalankan kajian ke atas proses mental manusia yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tingkah laku terselindung (covert behaviour) seperti perasaan, mimpi, khayalan dan lain-lain.
Secara keseluruhan, psikologi mengkaji semua jenis tingkah laku manusia samada secara terus atau menggunakan perantara. Tujuannya adalah untuk mengetahui dengan lebih baik tentang dirinya sendiri.
Di sini, kami memberi tumpuan dari aspek permerkasaan kendiri dan kerjaya di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU)

