Apa itu OKU?

Orang yang kurang upaya (OKU) adalah :

“Seseorang yang tidak dapat menguruskan kehidupan sehariannya dengan sempurna akibat daripada masalah mental atau fizikal”

Tahukah anda daripada populasi penduduk

10% – mengalami pelbagai peringkat kurang keupayaan

Daripada 10% populasi tersebut:

6% – boleh menyesuaikan diri dengan kekurangan mereka

4% – memerlukan rawatan pemulihan

1% mengalami kurang upaya yang teruk

Walau bagaimanapun, mereka yang kurang upaya/cacat biasanya mempunyai kelebihan lain. Contohnya orang yang cacat penglihatan mungkin tidak mampu melihat tetapi mempunyai kelebihan deria lain yang lebih baik dari orang normal.

Sumber : MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Terdapat pelbagai jenis kurang upaya/kecacatan dan juga kelebihan yang orang kurang upaya dapati apabila berdaftar sebagai orang kurang upaya.
Untuk maklumat lanjut boleh lihat di bawah:

Terdapat pelbagai jenis kurang upaya/kecacatan dan juga kelebihan yang orang kurang upaya dapati apabila berdaftar sebagai orang kurang upaya.

Untuk maklumat lanjut boleh lihat di bawah:

Pada Mac 2021, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan PROGRAM STRATEGIK MEMPERKASA RAKYAT DAN EKONOMI (PEMERKASA) antara yang diumumkan adalah mengenai Inisiatif Kelapanbelas: Prihatin OKU. Presiden Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia (POKUAM), Suhairi Abdullah, menyambutnya dengan hati terbuka dan berharap inisiatif ini menyediakan lebih banyak peluang latihan serta perniagaan kepada golongan OKU, terutama dalam bidang teknologi maklumat. Selain itu beliau percaya lebih banyak inisiatif diperkenal kerajaan bermakna lebih besar manfaat yang boleh dinikmati bagi golongan sasaran, sekali gus membuktikan komitmen dalam menjaga kebajikan semua lapisan rakyat.

Meningkatkan had kelayakan gaji maksimum bagi bantuan elaun pekerja cacat daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan.

Dijangka memanfaatkan hampir 5,000 OKU bekerja.

Memperkukuhkan program di bawah institusi seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

Membantu program keusahawanan, termasuk pemasaran produk bakeri & produk hasil tangan OKU serta warga emas.

Pendaftaran & pembaharuan perniagaan secara percuma sebagai galakan menceburi bidang perniagaan.

Terhad kepada satu perniagaan kepada satu OKU.

Kemudahan pembiayaan oleh BSN, khas untuk menceburi bidang perniagaan bawah Skim Mikrokredit istimewa.

Had pembiayaan sehinggan RM50, 000 & kadar faedah serendah 3%