Kurang Upaya Pendengaran

  1. Bilateral hearing loss
    Kurang upaya pendengaran diambil kira sekiranya:
    Tahap pendengaran ≥40dBHL (dewasa) & ≥ 30dBHL (kanak-kanak)
  2. Single sided deafness (SSD) / Profound unilateral hearing loss
    Tahap pendengaran sangat teruk melebihi ≥ 91dBHL di sebelah telinga
  3. Kecacatan telinga kekal / sindrom berkaitan telinga /sindrom berkaitan pendengaran
    Contoh: microtia, atresia, anotia, Treacher Collins, Goldenhar syndrome etc

Kurang Upaya Penglihatan

  1. Terhad di kedua-dua belah mata
    Penglihatan lebih teruk daripada 6/18
  2. Buta di kedua-dua belah mata
  3. Buta di sebelah mata
  4. Lain-lain gangguan penglihatan kekal
    Contoh : albanism

Kurang Upaya Pertuturan

  1. Kecelaruan Pertuturan dan Bahasa/ Kecelaruan komunikasi kompleks
    Contoh :Kanak kanak : pediatric speech and language disorders Dewasa : Aphasia
  2. Kecelaruan motor pertuturan (Motor Speech Disorder)
    Contoh :Apraxia, Dysarthria
  3. Kecelaruan Suara (Voice Disorders)
    Contoh :Dysphonia/ Aphonia
  4. Kecelaruan kelancaran Pertuturan/Kegagapan (Fluency disorders)
    Contoh : Stuttering, Cluttering
  5. Kecelaruan Resonan (Resonance Disorder)
    Contoh : Hypernasality & Hyponasality

Kurang Upaya Fizikal

  1. Limb Defect (Acquired / Congenital)

Keadaan di mana berlaku kehilangan separa atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan.

  1. Spinal Cord Injury

Kecederaan saraf tunjang akibat trauma atau bukan trauma yang menjejaskan fungsi otot, deria serta autonomik di bahagian bawah aras kecederaan.

  1. Strok

Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain sebahagian tubuh badan akibat kekurangan oksigen atau pendarahan di dalam otak.

  1. Kerdil (Achon-droplasia)

Keadaan di mana ketinggian bagi seseorang adalah kurang daripada 142cm bagi lelaki dan kurang daripada 138cm bagi wanita.

  1. Traumatic Brain Injury

Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain melibatkan sebahagian tubuh badan akibat kecederaan otak.

  1. Cerebral Palsy

Keadaan kekal di mana berlaku masalah pergerakan dan postur yang menghadkan aktiviti akibat gangguan bukan progresif di bahagian otak. Terbahagi kepada tiga (3) jenis seperti berikut:

  • Hemiplegia

  • Diplegia

  • Quadriplegia

  • Lain-lain

  1. Lain-lain

Contoh Duchenne Muscular Dystrophy dan penyakit kronik yang menyebabkan kurang upaya fizikal.

Kurang Upaya Pembelajaran

  1. Global Developmental Delay (GDD)

Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:

  • Ringan, Sederhana, Teruk

Keadaan di mana berlaku perkembangan lewat sekurang-kurangnya dua (2) standard deviation dalam sekurang-kurangnya dua (2) domain samada gross motor/fine motor, speech/language, cognition, social/personal atau activities of daily living bagi pemohon berumur kurang dari lima (5) tahun.

  1. Sindrom Down Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:

  • Ringan, Sederhana,Teruk

Berpunca dari kecelaruan kromosom yang terlebih iaitu pada kromosom 21.

  1. Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD)

Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:

  • Ringan, Sederhana, Teruk

Kesulitan sepanjang hayat yang melibatkan tahap tumpuan serta kawalan impuls.

  1. Autisme (Autism Spectrum Disorder)

Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:

  • Ringan, Sederhana, Teruk

Autisme merupakan gangguan neurologi yang memberikan impak negatif kepada kanak-kanak dari segi kemahiran interaksi sosial dan imaginasi.

  1. Intelektual

Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:

  • Ringan, Sederhana, Teruk

Kurang upaya intelektual merupakan kekurangan dari segi fungsi intelek (terencat akal / mental retardation) bagi kanak-kanak berumur lima (5) tahun ke atas.

  1. Specific Learning Disability (Specific LD)

  • Dyslexia : Perbezaan cara otak berfikir dalam menghubungkan simbol visual dan bunyi seterusnya mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira.

  • Dyscalculia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan pemohon meguasai/memperoleh kemahiran arimetik.

  • Dysgraphia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan skil motor halus pemohon seterusnya mendatangkan kesulitan membentuk huruf, menulis dan lain-lain.

Kurang Upaya Mental

  • Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri.
  • Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri.
  • Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.

Kurang Upaya Pelbagai

Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.

KOD BAGI KATEGORI OKU
1. DE – Pendengaran
2. BL – Penglihatan
3. SD – Pertuturan
4. PH – Fizikal
5. LD – Pembelajaran
6. ME – Mental
7. MD – Pelbagai