Bahagian 4 : Erti Syukur
INFORMASI VIDEO KRISIS KEHIDUPAN
Krisis kehidupan bukan hanya mengundang musibah tetapi di sebalik musibah, ada hikmahnya. Bila krisis terjadi dalam hidup kita, maka kita menjadi lebih kuat untuk mendepaninya. Bila krisis terjadi dalam kehidupan orang lain, maka kita jadi insan yang lebih bersyukur dan prihatin. Apa sebenarnya erti syukur tatkala dilanda krisis kehidupan? Ikuti perkongsian pengalaman profesional dari Dr Rafidah Aga Mohd Jaladin, pakar psikologi kaunseling/ kaunselor berdaftar Universiti Malaya dan juga ahli jawatankuasa eksekutif PERKAMA International dalam video ini.