Bahagian 2 : Cara Mengatasi Krisi (Membantu Orang Lain)
INFORMASI VIDEO KRISIS KEHIDUPAN
Krisis kehidupan boleh terjadi dengan tiba-tiba dan tanpa diduga contohnya tindakan mencederakan diri (self-harm/self-injury). Namun demikian, cara untuk menangani krisis kehidupan perlukan kaedah luar biasa dan bijaksana. Individu yang dalam krisis perlu dibantu agar dia dapat mencapai kefungsian hariannya. Apakah cara yang berkesan untuk kita bantu rakan taulan atau ahli keluarga yang sedang dalam krisis? Ikuti perkongsian daripada ahli eksekutif PERKAMA International, Profesor Madya Dr Rafidah Aga Mohd Jaladin, pakar psikologi kaunseling/ kaunselor berdaftar dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, dalam video ini.