KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah menyelesaikan kajian untuk Yayasan RYTHM, dengan penghasilan program model pembelajaran untuk pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia.
Dalam kenyataan bersama hari ini, UM dan Yayasan RYTHM berkata projek penyelidikan oleh Unit Perundingan UM telah menghasilkan cadangan kurikulum Keperluan Pendidikan Khas (SEN) komprehensif yang RYTHNM berharap akan dapat menyumbang kepada kemajuan SEN di negara ini.