Bantuan JKM 2021
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan kepada rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan. Dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan hidup.
Pemberian bantuan JKM ini bertujuan supaya rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna di samping membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembangunan modal insan.
Antara bantuan yang disediakan untuk Orang Kurang Upaya oleh JKM adalah:

Elaun Pekerja Cacat
KADAR : RM400 sebulan seorang.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
-
Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia
-
Berumur 16 tahun dan ke atas
-
Pemegang kad OKU JKM
-
Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah
-
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
KADAR : RM250 seorang sebulan.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
-
Warganegara dan bermastautin di Malaysia
-
Berumur 16 tahun dan ke atas
-
Pemegang Kad OKU JKM
-
Tidak berupaya bekerja
-
Pemohon bukan penghuni/ pelatih Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
-
Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
-
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain